KUIH KASWI

KUIH KASWI

KUIH KASWI

KUIH KASWI merupakan kuih kegemaran anak-anak saya.Kuih yang lembut memeudahkan kanak-kanak memakannya.KUIH KASWI juga elok di jadikan hidangan berbuka.Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan bahan

250 ml air 
60 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
180 g gula melaka, dicincang halus
120 g tepung sagu 
150 g tepung beras basah
1/3 camca teh kapur dibancuh bersama 1 camca teh air alkali 
150 g kelapa muda, diparut dan digaul bersama secubit garam

Cara membuatnya

Didihkan gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut. Bancuh tepung beras basah bersama tepung sagu dan bancuhan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap ke dalam adunan tepung dan kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul. Kukus 22 biji cawan teh cina (kecil atau sederhana besar). Tuang sedikit adunan ke dalam cawan itu. Kukus ia, 20 minit. Setelah Kuih Kaswi masak, keluarkan dari acuan, tabur kelapa parut putih di atasnya. 

Siap sudah.Bolehlah di hidangkan.Selamat mencuba.

Related Posts :

  • KUIH KASWIKUIH KASWI KUIH KASWI KUIH KASWI merupakan kuih kegemaran anak-anak saya.Kuih yang lembut memeudahkan kanak-kanak memakannya.KUIH KAS… Read More...
  • Kek Gulung BlueberryKEK GULUNG BLUEBERRY Kek Gulung Blueberry KEK GULUNG memang enak di makan.Sangat sesuai untuk di hidangkan sebagai makanan ringn bagi … Read More...
  • Kuih Bingka Pandan BINGKA PANDAN. Kuih bingka pandan adalah sejenis kuih yang agak mudah untuk di buat.Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat menu minum p… Read More...
  • KUIH KASTURIKUIH KASTURI KUIH KASTURI Kuih Kasturi merupakan salah satu kuih yang boleh dikatakan kuih tradisi.Kuih Kasturi memang menjadi kegemara… Read More...
  • Kuih Bahulu KUIH BAHULU. Kuih bahulu antara kuih yang perlu ada semasa hari raya.Jika dahulu,ianya hanya muncul bila tibanya musim perayaan,namun k… Read More...

0 Response to "KUIH KASWI"

Post a Comment