Biskut Jeruk Limau

BISKUT JERUK LIMAU

Kalau amda inginkan rasa yang lain dari yang lain,boleh lah mencuba resepi biskut Jeruk Limau.Resepi yang di perolehi dari seorang kawan yang memang gemar membuat pelbagai rasa biskutnya.Mari lihat bahan-bahannya.



Bahan-bahannya

150 g mentega
80 g gula kastor
70 g jeruk limau kasturi yg di hiris
50 g muesli di panggang
70 g tepung jagung
200 g tepung halus
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
20 g kelapa kering
20 g badam di panggan dan di cencang

Hiasan

Ceri di belah empat

Cara Membuatnya

Satukan mentega,gula,kuning telur dan esen vanila.Kacau hingga rata.

Masukkan kesemua bahan yyang lain dan uli hingga sebati.

Sedikan loyang dan lenserkan dengan mentega.Kemudian jemput doh,bentukkan mengikut citarasa anda.

Susun di atsa loyang dan hiasi dengan ceri.

Bakar selama 12-15 minit pada suhu 180'C.

0 Response to "Biskut Jeruk Limau"

Post a Comment