BANGKIT SANTAN

BANGKIT SANTAN


Kuih Bangkit Santan

Sempena kedatangan Syawal yang mulia,antara persediaan kita ialah kuih raya unutk tetamu yang datang.Salah satu kuih raya yang familiar ialah kuih bangkit.Harini nak kongsi resepi kuih bangkit santan.

Bahan bahannya

340 g tepung ubi
95 g tepung gandum
37 g gula halus
3 biji kelapa (santan pekat)
3 helai daun pandan
2 biji telur
Sedikit garam

Cara membuatnya

Masak terslebih dahulu  santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat.Pastikan ia tidak bergentel dengan mengacaunya selalu.Satukan tepung ubi dan tepung gandum. Goreng tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan sejukkan. Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi. Uli hingga sebati. Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

0 Response to "BANGKIT SANTAN"

Post a Comment