BIskut Espreso

BISKUT ESPRESO


Sempena menjelang musim perayaan ni,pasti anda yang rajin membuat biskut raya tercari-cari resepinya.Apakata anda cuba resepi biskut Espreso ini.Mari lihat bahan bahannya.

Bahan-bahannya:

2 biji kuning telur
250 g mentega
20 g lemak sayuran
175 g gula kastor
300 g tepung gandum
75 g tepung jagung
30 g susu tepung
90 g kacang tanah-di goreng,kisar halus
75 g badam-di bakar,cincang halus
2 sudu besar serbuk krimer
2 sudu besar serbuk coklat
1 sudu teh kopi segera
1/2 sudu teh esen vanila
secubit perangup biskut
Secubit garam halus

Hiasan

2 biji kuning telur
100 g badam cencang-di bakar kekuningan
50 g cip coklat

Caranya

Putar mentega dengan lemak sayuran,gula,kuning telur,dan esen vanila hingga sebati.
Masukkan bahan kering yang lain,digaul hingga sebati.
Canai adunan setebal1/2 cm,terap dengan penapukan kuning telur diatasnya dan bubuh hiasan.
Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
Selamat mencuba..

0 Response to "BIskut Espreso"

Post a Comment