Kuih Abuk-Abuk Pisang

ABUK-ABUK PISANG


Mungkin ramai yang dah tahu resepi atau cara untuk membuat kuih abuk-abuk.Tapi kalini ada tambahan sikit,iaitu abuk-abuk pisang.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

10 biji pisang masam
1 cawan sagu biji mata ikan
1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam
Sedikit pewarna merah atau jus pandan
Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur)

Caranya:

Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

Bagi saya lebih sedap kalau di biarkan sejuk dahulu baru di makan.Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. 

0 Response to "Kuih Abuk-Abuk Pisang"

Post a Comment