Muffin

MUFFIN 


Muffin adalah juadah minum petang yang oasti digemari anak-anak anda.Pelbagai perasa yang boleh anda buat mengikut kegemaran anda.Jom tengok cara membuatnya.

Bahan bahannya:

400 gm tepung gandum 
350 ml minyak jagung 
(minyak masak pun boleh) 
200 ml air suam 
250 gm gula pasir 
30 gm serbuk penaik 
20 gm tepung jagung 
20 gm susu tepung 
3 biji telur 
Bahan perisa: Coffee Emulco 
Keladi 
Pisang 
Blackcurrent 

Caranya:

Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu 
tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. 
Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. 
Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. 
Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.

Terpulanglah untuk anda hiasi dan hasilkan mengikut perasa kegemaran anda.Sesuai juga untuk di jadikan doogift untuk acara si kecil anda.Selamat mencuba.



0 Response to "Muffin"

Post a Comment