PUDING KEK GULUNG.

PUDING KEK GULUNG.



Puding antara pencuci mulut yang paling mudah untuk di sediakan.Kerjanya pun tidak rumit malahan rasanya pasti tidak mengecewakan.Boleh di pelbagaikan dengan pelbagai perisa dan bahan-bahan lain.Kali ini kita satukan puding dan kek gulung yang mana hasilnya Puding Kek Gulung.Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan Puding Kek Gulung

30 gram agar-agar 
1 tin susu cair 
2 cawan gula 
5 cawan air 
2 biji telur (dipukul) 
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)

2 sudu mentega 
1 tin buah koktail 
1 biji kek gulung 
secubit garam 
1 camca teh asen vanilla


Cara membuat Puding Kek Gulung

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Siap sudah Puding Kek Gulung anda.Sangat sedap di jadikan pencuci mulut.Selamat Mencuba..

0 Response to "PUDING KEK GULUNG."

Post a Comment