Apam Susu

APAM SUSU.

Apam Susu

Kuih Apam selain daripada Apam Beras ada juga yang dinamakan dengan Apam Susu.Memang lembut kalau betul cara membuatnya.Bolehlah cuba kalau ingin membuatnya mengikut resepi di bawah.

Bahan-bahan Apam Susu

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar overlatte
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa.

Cara cara membuat Apam Susu

Panaskan kukusan terlebih dahulu
Satukan tepung bersama baking powder dan ayak .
Ketepikan.
Satukan gula halus,telur,overlatte dan essen vanila di dalambekas pemutar.
Putar hingga gebu dan adunan bertukar ke warna putih.
Masukkan susu pekat manis.
Putar lagi sehingga sekata.
Tambahkan lagi minyak jagung dan putar lagi.
Kemudian barulah masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Kaup balik adunan rata.
Bahagikan adunan kepada 3 ke 4 warna.
Letakkanlah perasa di setiap warna adunan.
Gaul rata.
Sapukan mentega pada loyang dahulu.
Tuangkan adunan berselang seli mengikut warna.
Kukus dalam kukusan yang airnya telah didih selama 40 minit.

Setelah masak kelurkanlah Apam Susu dari loyang.Seeloknya biarlah sejuk dahulu barulah di potong.Semasa mengukus,tutup kukusan hendaklah di balit dengan kain supaya air kukusan tidak meniti keatas Apam Susu anda.
Selamat mencuba..

Related Posts :

  • KUIH PULUT INTIKUIH PULUT INTI KUIH PULUT INTI Kuih Pulut Inti jarang sudah nak didapati daripada peniaga-peniaga kuih di tepi jalan.Disebabkan terasa … Read More...
  • KUIH BADAK BERENDAM.KUIH BADAK BERENDAM. KUIH BADAK BERENDAM KUIH BADAK BERENDAM memang antara kuih yang popular di bulan Ramadhan.Kebanyakan peniaga bazar … Read More...
  • BUTTER CAKEBUTTER CAKE                          Butter Cake Resepi Butter Cake… Read More...
  • NUTELLA BROWNIESNUTELLA BROWNIES Ada pelbagai jenis Brownies yang boleh di buat dan terdapat pelbagai resepi mengenainya.Kali ini nak share resepi Bro… Read More...
  • KEK PISANG LEMBUTKEK PISANG LEMBUT KEK PISANG LEMBUT Kek pisang memang sedap kalau di buat cukup bahannya.Jom kita lihat resepi kek pisang yang ingin… Read More...

0 Response to "Apam Susu"

Post a Comment