Apam Susu

APAM SUSU.

Apam Susu

Kuih Apam selain daripada Apam Beras ada juga yang dinamakan dengan Apam Susu.Memang lembut kalau betul cara membuatnya.Bolehlah cuba kalau ingin membuatnya mengikut resepi di bawah.

Bahan-bahan Apam Susu

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar overlatte
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa.

Cara cara membuat Apam Susu

Panaskan kukusan terlebih dahulu
Satukan tepung bersama baking powder dan ayak .
Ketepikan.
Satukan gula halus,telur,overlatte dan essen vanila di dalambekas pemutar.
Putar hingga gebu dan adunan bertukar ke warna putih.
Masukkan susu pekat manis.
Putar lagi sehingga sekata.
Tambahkan lagi minyak jagung dan putar lagi.
Kemudian barulah masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Kaup balik adunan rata.
Bahagikan adunan kepada 3 ke 4 warna.
Letakkanlah perasa di setiap warna adunan.
Gaul rata.
Sapukan mentega pada loyang dahulu.
Tuangkan adunan berselang seli mengikut warna.
Kukus dalam kukusan yang airnya telah didih selama 40 minit.

Setelah masak kelurkanlah Apam Susu dari loyang.Seeloknya biarlah sejuk dahulu barulah di potong.Semasa mengukus,tutup kukusan hendaklah di balit dengan kain supaya air kukusan tidak meniti keatas Apam Susu anda.
Selamat mencuba..

0 Response to "Apam Susu"

Post a Comment