Kuih Bahulu

KUIH BAHULU.


Kuih bahulu antara kuih yang perlu ada semasa hari raya.Jika dahulu,ianya hanya muncul bila tibanya musim perayaan,namun kini ia telah dikomersialkan.Untuk mencuba resepi bahulu kampung,bolehlah rujuk resepi ini.

Bahan bahannya

1 mangkuk telur ayam 
1 mangkuk gula pasir 
setengah kg. tepung gandum 
sedikit minyak. 
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

Caranya:

Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.Masak sehingga selesai. 

Bahulu juga sesuai di hidangkan sewaktu minum petang.Selamat mencuba..

0 Response to "Kuih Bahulu"

Post a Comment