Bahan bahan
1 bungkus yis Mauripan (11gram)dicampur dengan 1 cawan air
½ kilo tepung gandum
1 ½ camca besar mentega
1 ½ camca besar gula
2 camca besar susu tepung
Secubit tepung penaik
Secubit garam
Caranya
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata. 2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering. 3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air. 4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras. 5.Rehatkan adunan selama 15 minit. 6.Terap doh menjadi bentuk donut. 7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing. 8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising. Selain itu,donut boleh di celopkan di dalam coklat cair bagi menhiasinya.Bagi yang gemar pedas,bolehlah di sira dengan sambal. Selamat mencuba. | |
0 Response to "Donut"
Post a Comment